Bantuan BMT : Semakan Bayaran Fasa 2 RM200

Bantuan BMT : Semakan Bayaran Fasa 2 RM200

Bantuan BMT Fasa 2 RM200 – Musim tengkujuh di Malaysia biasanya bermula pada hujung bulan Oktober dan berlarutan sehingga Disember. Kebanyakan negeri di utara dan pantai timur Malaysia mengalami hujan atau ribut berterusan sehingga mengakibatkan banjir setiap tahun. Negeri-negeri lain pula biasanya mengalami hujan atau ribut pada skala yang lebih kecil pada waktu yang sama.

Secara amnya, pengeluaran hasil getah berkurangan ketika hujan dan aktiviti penorehan juga sukar dilakukan. Bantuan Musim Tengkujuh atau singkatannya, BMT adalah bantuan tahunan yang dikeluarkan oleh RISDA bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh ini.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Baca Juga:

Semakan Kelayakan Bantuan BMT RM200

Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 telah mula dikreditkan kepada penerima yang berstatus ‘LAYAK’ sejak 17 November 2023, baru-baru ini.

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2023 ini, berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.

Bantuan ini akan diberikan secara berfasa iaitu RM200 sebulan dalam tempoh empat bulan.

Semakan kelulusan bantuan boleh dilakukan pada pautan berikut atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Pemohon boleh membuat semakan di pautan berikut: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Sila masukkan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR. Status kelulusan akan dipaparkan seperti dalam gambar seperti berikut.

Bantuan BMT : Semakan Bayaran Fasa 2 RM200

Tarikh Bayaran Bantuan BMT

Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:

  • Fasa 1 (November 2023 – RM200)
  • Fasa 2 (Disember 2023 – RM200)
  • Fasa 3 (Januari 2024 – RM200)
  • Fasa 4 (Februari 2024 – RM200)

Bagi kelulusan yang telah disahkan ‘LAYAK’ sehingga 13 November 2023, Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 bagi Fasa 1 iaitu pada peringkat pertama kini telah mula dikreditkan bermula 17 November 2023 ke dalam akaun penerima.

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Untuk makluman pemohon, setiap permohonan BMT 2023 perlu disemak dan diluluskan di pejabat berkenaan sebelum proses bayaran boleh dilakukan.

Terdapat 3 status permohonan yang akan dipaparkan iaitu:

  • DALAM PROSES – Permohonan telah diterima dan dalam proses kelulusan.
  • LAYAK – Permohonan telah diluluskan, dalam proses untuk bayaran.
  • TIDAK LAYAK – Permohonan ditolak, hubungi pejabat RISDA berdekatan untuk semakan terperinci.

Bagi yang masih berstatus ‘DALAM PROSES’, pemohon boleh hubungi pejabat RISDA yang tertera dalam semakan status atau di dalam Portal Pekebun Kecil RISDA.

Pemohon boleh meminta pegawai untuk membuat semakan permohonan secara terperinci dan terus membuat kelulusan.

Jika pemohon mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.

Kaedah Pembayaran Bantuan BMT

Bantuan Musim Tengkujuh akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Bagi penerima yang telah dikreditkan bayaran BMT 2023 adalah seperti gambar berikut.

Bantuan BMT : Semakan Bayaran Fasa 2 RM200

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan bantuan berkaitan Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 ini, anda boleh hubungi talian 03 – 4251 2125 / 03 – 4251 2135 atau 03 – 4251 2023.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Bantuan BMT?

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi pekebun kecil/penoreh getah bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan mereka semasa musim tengkujuh

Bagaimanakah Cara Pembayaran Bantuan BMT?

Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Berapakah Jumlah Bayaran BMT?

Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM600 kepada RM800 daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200)

Add a Comment