Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2024

IPOH: CUEPACS menggesa supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan itu sebagaimana dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2024
Sumber Foto : Utusan Malaysia

Menurutnya, insentif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.

“Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang ‘purchasing power’.

“Sekurang-kurangnya dengan ada bantuan khas Aidilfitri, bukan sahaja penjawat awam yang akan terima manfaat, tetapi untuk peniaga di bazar Aidifitri yang memerlukan pembeli yang mampu membeli barangan mereka.

“Jika kami tidak ada kelebihan, maka kami tidak mampu membeli (dan mewujudkan) pusingan ekonomi kepada peniaga,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di Anjung AUEGCAS.

Baca Juga: STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Di Perak Dan Pulau Pinang

Dalam pada itu, Adnan melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Perak dan Pulau Pinang yang sudah mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri masing-masing.

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri lain mencontohi tindakan prihatin dua negeri berkenaan.

“CUEPACS memohon dan merayu kepada semua kerajaan negeri yang lain agar memberi pertimbangan yang sama seperti Perak dan Pulau Pinang,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Add a Comment