Bantuan Khas Kewangan Fasa 2 Dibayar Bermula 28 Disember 2023

Bantuan Khas Kewangan Fasa 2 Dibayar Bermula 28 Disember 2023

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Fasa 2 ini akan melibatkan sumbangan tunai sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran negeri Selangor.

Ketika pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Selangor baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan sebuah bantuan kewangan iaitu Bantuan Khas Kewangan (BKK).

Bantuan Khas Kewangan Fasa 2 merupakan sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang telah pun dimulakan kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, bulan Mei lalu.

Baca Juga:

Bantuan Khas Kewangan Fasa 2

Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari semasa pembentangan Belanjawan 2024 telah mengumumkan insentif khas untuk rakyat Selangor iaitu Bantuan Khas Kewangan (BKK) sehingga sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 akan disalurkan kepada kakitangan awam.

Katanya, pemberian BKK ini termasuk kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 sudah dilaksanakan sempena Aidilfitri lalu.

“Bagi BKK kali kedua, insentif 1 bulan gaji minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember 2023. Bantuan Khas Kewangan kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kepada Metro pada 10 November lalu.

Bantuan Khas Kewangan Fasa 2
Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari bersama barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bergerak ke Bangunan Annex untuk perbentangan Belanjawan 2024 Negeri Selangor.

Selain itu, pemberian BKK ini juga akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Fasa 2 sebanyak RM1,000 ini akan disalurkan kepada yang layak bermula 28 Disember 2023.

SUMBER: Malaysiakini, Astro Awani

4 Comments

Add a Comment