Diskaun Saman Polis Sehingga 50%

Diskaun Saman Polis Sehingga 50%

Diskaun saman PDRM sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan program diskaun saman sehingga 50% bagi saman yang terpilih sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Berikut adalah perincian mengenai program ini.

Diskaun Saman Polis Sehingga 50%

PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% bagi semua saman terpilih sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Tawaran pengurangan kompaun saman ini tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan:

  • Saman kemalangan
  • Kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan
  • kesalahan tidak boleh dikompaun (non compoundable) NC.

Baca Juga:

Tempoh Diskaun

Program ini akan bermula pada 8 Disember 2023 (Jumaat) sehingga 10 Disember 2023 (Ahad) bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

  • 8 Disember 2023 (Jumaat) : Jam 9 Pagi – Jam 4 Petang
  • 9 – 10 Disember 2023 (Sabtu – Ahad) : Jam 9 Pagi – Jam 6 Petang
Diskaun Saman Polis Sehingga 50%

Semakan Saman Online

Bagi mengelakkan kesesakan di lokasi dan melancarkan proses pembayaran saman, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM sebelum hadir ke kaunter bayaran.

Semakan melalui portal boleh dibuat di https://mybayar.rmp.gov.my/

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

One Comment

Add a Comment