Dividen ASB 2023 : Tarikh Agihan Pendapatan Dan Bonus

Dividen ASB 2023 : Tarikh Agihan Pendapatan Dan Bonus

Dividen ASB 2023 : Tarikh Agihan Pendapatan Dan Bonus

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa tarikh penting mengenai urusan ASNB yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan mereka di hantaran facebook rasmi ASNB, pihak mereka telah menyatakan bahawa tarikh penangguhan urus niaga bagi unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 22 hingga 25 Disember 2023 iaitu pada minggu hadapan.

Menariknya pada tahun ini, pihak ASNB telah menyatakan bahawa segala transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB boleh dilakukan bermula 26 Disember 2023 nanti.

Transaksi pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada bulan Januari 2024. Ini merupakan satu berita gembira kepada semua pelabur kerana tindakan ini dapat memberi manfaat kepada pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan bermula Januari 2024.

Untuk makluman semua, segala urus niaga ASB akan dibuka semula pada 1 Januari 2024.

Baca Juga:

Dividen ASB 2023 : Tarikh Agihan Pendapatan Dan Bonus

Tarikh Pengagihan Dividen ASB 2023

Tarikh pengagihan dividen ASNB 2023 setakat hari ni belum lagi diumumkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad(ASNB).

Namun begitu, mengikut kebiasaan tahun-tahun sebelum ini, agihan dividen ASNB akan diumumkan pada 22 Disember. Seperti tahun lalu, agihan dividen ASNB 2022 telah diumumkan pada 22 Disember 2022.

Maka orang ramai boleh mengagak kebarangkalian tarikh pengumuman pada tahun ini juga adalah sama.

Tarikh Pengagihan Dividen Dikreditkan Ke Dalam Akaun ASB

Semakan pengkreditan dividen ASB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urus niaga ASNB seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini iaitu :

  • Segala urus niaga ASNB akan bermula pada 1 Januari 2024 secara online di Portal rasmi MyASNB
  • 2 Januari untuk urus niaga di kaunter pejabat ASNB.

Jumlah Agihan Dividen ASB Tahun 2022

Pada tahun lalu, kadar dividen ASNB adalah :

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%
Dividen ASB 2023 : Tarikh Agihan Pendapatan Dan Bonus

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ASNB di https://www.asnb.com.my/

Add a Comment