Gaji Naik 6 Hingga 10 Peratus Tahun Hadapan

Gaji Naik 6 Hingga 10 Peratus Tahun Hadapan

Gaji Naik 6 Hingga 10 Peratus Tahun Hadapan

SHAH ALAM: Sebanyak 63 peratus atau lebih tiga daripada lima pekerja di negara ini menjangkakan akan ada peningkatan gaji sebanyak antara enam hingga 10 peratus pada tahun hadapan.

Dapatan itu didedahkan melalui Tinjauan Gaji Tahunan 2024 Robert Walters yang melibatkan seramai lebih 400 calon dan organisasi di Malaysia pada September 2023.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 71 peratus responden menjangkakan kenaikan tersebut meskipun tahu keadaan ekonomi masa kini yang memberi kesan kepada sektor industri masing-masing.

Baca Juga:

Selain itu, lebih separuh daripada 54 peratus responden menyatakan mereka sedia untuk berunding bagi mendapatkan gaji lebih tinggi.

Dalam pada itu, tinjauan berkenaan mendedahkan sejumlah 69 peratus responden mengatakan bahawa bonus antara perkara utama dalam pemikiran mereka.

Mengulas berhubung perincian bonus, pekerja mengharapkan perolehan sekurang-kurangnya enam hingga 10 peratus daripada gaji pokok.

Sementara itu, sembilan daripada 10 pekerja bersetuju bahawa skim bonus ialah imbuhan paling penting yang mempengaruhi keputusan mereka dalam menerima jawatan baharu pada masa akan datang.

Gaji Naik Dan Insentif Bonus

Bagaimanapun, dapatan kajian itu menunjukkan 58 peratus majikan berpandangan bahawa mereka komited untuk menyediakan kenaikan gaji melebihi kadar inflasi.

Gaji Naik Dan Insentif Bonus
Ai Rene Tan (Ketua Robert Walters Malaysia) – Sumber Gambar The Malaysian Reserve – Gaji Naik 6 Hingga 10 Peratus Tahun Hadapan

Di samping itu, Ketua Robert Walters Malaysia, Ai Rene Tan berkata, pekerja juga turut mengutamakan budaya persekitaran kerja yang seimbang, selain insentif gaji dan bonus.

Ujarnya, sebanyak 64 peratus responden kaji selidik menggemari amalan bekerja secara hibrid dalam organisasi.

“Kenaikan gaji yang diramalkan pada 2024 akan jangka kekal stabil, didorong oleh persaingan sengit pemain-pemain baharu dalam pasaran yang bersaing untuk kumpulan bakat yang sama.

“Syarikat berkemungkinan akan menawarkan pakej imbalan yang kompetitif untuk menarik calon-calon yang diingini, yang memerlukan tumpuan menangani jurang antara permintaan dan penawaran,” katanya dalam kenyataan.

SUMBER: SINAR HARIAN

Add a Comment