Isi Kandungan
Tahukah anda bahawa Kementerian Komunikasi Malaysia yang sekarang ini adalah pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD).
Hal ini telah pun berkuatkuasa pada 12 Disember 2023, oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.
Dalam masa yang sama sebuah kementerian baharu iaitu Kementerian Digital Malaysia telah ditubuhkan.
Latar Kementerian Komunikasi
Kementerian Komunikasi ditubuhkan dengan tujuan untuk menguruskan dan merancang semua aspek yang berkaitan dengan hal-hal komunikasi dan multimedia di negara ini.
Kementerian Komunikasi berperanan dalam memastikan bahawa rakyat Malaysia mendapat akses kepada maklumat dan perkhidmatan komunikasi yang tepat dan berkualiti.
Fungsi Kementerian Komunikasi Malaysia
- Pengawalan dan Pembangunan Industri: Kementerian Komunikasi bertanggungjawab untuk mengawal kandungan dan memajukan industri komunikasi dan multimedia. Ini termasuk pengawalan penyiaran, telekomunikasi, dan perkhidmatan internet.
- Penyebaran Maklumat: Salah satu tujuan utama Kementerian ini adalah untuk memastikan segala maklumat dan berita penting sampai kepada rakyat. Ini termasuk kempen kesedaran awam dan penyebaran berita melalui pelbagai saluran media seperti Televisyen, Radio dan juga Media Sosial.
- Pembangunan Infrastruktur: Kementerian Komunikasi juga terlibat dalam pembangunan infrastruktur komunikasi, termasuk rangkaian telekomunikasi dan penyiaran. Ini penting untuk memastikan setiap kawasan, termasuk kawasan pedalaman, mempunyai akses kepada komunikasi yang baik.
Aktiviti Kementerian Komunikasi
Kementerian Komunikasi aktif dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan mutu sistem jaringan komunikasi di Malaysia. Beberapa program yang dilaksanakan termasuk:
- Program Digital Nasional: Inisiatif untuk mempercepatkan peralihan kepada teknologi digital dalam pelbagai sektor, termasuk pendidikan dan perniagaan.
- Kemudahan Internet: Pihak Kementerian telah pun mengusahakan untuk menyediakan kemudahan internet yang lebih baik dan lebih luas kepada rakyat, terutama di kawasan luar bandar. Serta menjalinkan perjanjian dengan syarikat telekomunikasi agar dapat menyediakan perkhidmatan internet yang lebih baik dan murah.
- Celik Media: Kementerian Komunikasi juga aktif dalam menggalakkan pendidikan media di kalangan rakyat, terutamanya generasi muda, aga mereka dapat memahami dan menggunakan media dengan bijak.
Kelebihan Bekerja Dengan Kementerian Komunikasi
Antara kelebihan anda bekerja dengan pihak Kementerian Komunikasi adalah :
- Peluang Pembangunan Kerjaya: Pihak kementerian ada menyediakan pelbagai peluang untuk pengembangan kemahiran dan pengetahuan kakitangannya. Kakitangan dapat mengikuti kursus dan latihan yang berkaitan dengan bidang komunikasi dan multimedia.
- Berkhidmat kepada Masyarakat: Bekerja di Kementerian Komunikasi memberi peluang untuk kakitangan menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui penyebaran maklumat yang berkualiti dan meningkatkan akses kepada teknologi.
- Persekitaran Kerja yang Dinamik: Pihak Kementerian juga menawarkan persekitaran kerja yang inovatif dan dinamik, di mana kakitangan digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan mengemukakan idea baru.
- Keseimbangan Kerja dan Kehidupan: Kementerian Komunikasi memberi perhatian kepada keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi, menawarkan waktu kerja yang fleksibel dan pelbagai faedah lain.
- Penglibatan dalam Inisiatif Kebangsaan: Kakitangan Kementerian Komunikasi berpeluang untuk terlibat dalam pelbagai projek dan inisiatif kebangsaan yang memberi impak positif kepada negara.
Jawatan Kosong Yang Ditawarkan
Untuk tahun 2024, BERNAMA menawarkan pelbagai jawatan di seluruh Malaysia. Berikut adalah jawatan yang ditawarkan:
Nama Majikan | Kementerian Komunikasi |
Lokasi Kekosongan | Lihat Iklan Penuh Di Bawah |
Tarikh Tutup Permohonan | 10 Oktober 2024 |
Jawatan kosong terkini yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- PEREKA GRED B41
- JURUFOTOGRAFI GRED B29
ANDA MUNGKIN BERMINAT: Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Keperluan Dan Syarat Kelayakan Jawatan Kosong
Bagi kebanyakan jawatan di Kementerian Komunikasi, pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik yang sesuai seperti Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau SPM, bergantung kepada jenis jawatan.
Kelayakan yang dicari oleh pihak BERNAMA adalah seperti berikut :
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan
- Keperluan dalam bidang adalah seperti berikut :
- Filem dan Animasi;
- Grafik Komunikasi ;
- Media Digital;
- Multimedia;
- Rekaan Fesyen dan Pakaian;
- Rekabentuk Dalaman;
- Rekabentuk dan Perancangan
Persekitaran; - Rekabentuk dan Teknologi;
- Rekabentuk Grafik Berkomputer;
- Seni Kreatif;
- Senilukis/Reka;
- Senilukis/Reka – Fesyen;
- Senilukis/Reka – Grafik/ Senireka
Grafik; - Senilukis/Reka – Logam Halus;
- Senilukis/Reka – Perusahaan;
- Senilukis/Reka – Tekstil (Textile);
- Teknologi Animasi;
- Teknologi Kejuruteraan
(Rekabentuk Industri); - Teknologi Mekanikal (Lukisan
Rekabentuk); - Teknologi Multimedia;
- Teknologi Pengiklanan dan
Rekabentuk Grafik; - Teknologi Seni Reka; atau
- Teknologi Seni Visual.
Pihak Kementerian Komunikasi juga mengutamakan calon yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang baik, di samping memiliki kemahiran interpesonal dan kepimpinan.
Cara Membuat Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Komunikasi
Mereka yang berminat untuk membuat permohonan jawatan kosong di Kementerian Komunikasi, anda boleh mengikut langkah berikut:
- Tekan pautan “MOHON SEKARANG” di bawah.
- Daftar sebagai pengguna baharu atau log masuk ke akaun sedia ada
- Cari jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda
- Isi borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
- Hantar permohonan dan tunggu maklum balas daripada pihak Kementerian
Sila tekan ‘Lihat Iklan’ untuk paparan iklan rasmi dari pihak Kementerian sendiri.
Skop Kerja Bagi Jawatan Kosong Yang Diiklankan
Bagi jawatan Pereka Gred 41 :
- Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.
Bagi jawatan Jurufoto Gred B29
- Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak
- membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan.
DISCLAIMER
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Info jawatan kosong ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada laman web rasmi kerajaan ataupun berita.
Calon hendaklah rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.