Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2024

Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini membuka peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia untuk tahun 2024 dengan pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.

MARA adalah sebuah agaensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang bertanggungjawab membantu pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat bumiputera, khususnya melalui pendidikan dan keusahawanan.

Berikut kami kongsikan kepada anda peluang kerjaya yang ditawarkan, faedah bekerja di MARA, serta cara untuk memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Mengapa Bekerja di Majlis Amanah Rakyat (MARA)?

Majlis Amanah Rakyat ialah sebuah agensi yang memberi fokus kepada pembangunan masyarakat bumiputera. Sebagai sebuah organisasi yang besar dan dihormati, MARA menawarkan pelbagai peluang pembangunan kerjaya yang menarik, selain daripada menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan sosial Malaysia.

Antara sebab utama memilih untuk bekerja di MARA termasuklah:

  • Menyumbang kepada masyarakat : Anda akan membantu memajukan masyarakat melalui pendidikan, latihan dan keusahawanan. Ia bukan sekadar pekerjaan, tetapi juga satu peluang untuk memberi impak positif kepada pembangunan negara
  • Peluang kerjaya yang luas : MARA menawarkan pelbagai jawatan yang sesuai dengan latar belakang pendidikan dan kemahiran, termasuklah dalam bidang pentadbiran, pengurusan, pendidikan, teknologi dan keusahawanan.
  • Faedah pekerja yang menarik : MARA menawarkan faedah yang menarik termasuklah gaji yang kompetitif, cuti tahunan, insurans kesihatan, dan bonus tahunan berdasarkan prestasi pekerja.
  • Persekitaran kerja profresional: MARA menyediakan persekitaran kerja yang dinamik dan profesional di mana pekerja akan dilatih dan dibimbing untuk mencapai potensi penuh mereka.
  • Peluang latihan dan pembangunan : MARA memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja dengan menyediakan pelbagai program latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja dalam bidang tertentu.

Jawatan Kosong Yang Ditawarkan

Untuk tahun 2024, MARA menawarkan pelbagai jawatan di seluruh Malaysia. Berikut adalah jawatan yang ditawarkan:

Nama MajikanMajlis Amanah Rakyat (MARA)
Lokasi KekosonganPelbagai Negeri
Tarikh Tutup PermohonanOktober 2024

Jawatan kosong terkini yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41

ANDA MUNGKIN BERMINAT: Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Keperluan Dan Syarat Kelayakan

Bagi kebanyakan jawatan di Majlis Amanah Rakyat, pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik yang sesuai seperti Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau SPM, bergantung kepada jenis jawatan.

MARA juga mengutamakan calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan, di samping mempunyai kemahiran interpersonal, komunikasi, dan kepimpinan yang baik.

Kriteria umum yang dicari oleh MARA termasuklah:

  • Kemampuan bekerja dalam pasukan dan secara individu
  • Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik
  • Sikap kerja yang profesional dan komitmen terhadap tugas
  • Kemahiran komunikasi yang baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris

Faedah Bekerja di Majlis Amanah Rakyat

Pekerja di Majlis Amanah Rakyat menikmati pelbagai faedah, termasuklah:

  • Menawarkan gaji yang kompetitif : MARA menawarkan gaji yang kompetitif berdasarkan kelayakan dan pengalaman pekerja, serta faedah tambahan seperti elaun dan bonus tahunan
  • Perlindungan sosial : MARA menyediakan perlindungan insurans kesihatan dan keselamatan sosial kepada pekerjanya
  • Peluang cuti dan rehat : Pekerja MARA berhak mendapatkan cuti tahunan, cuti sakit, dan cuti bersalin kepada mereka yang layak
  • Kenaikan pangkat : Bagi mereka yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang, mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat dan penambahan gaji dari masa ke masa.

Cara Membuat Permohonan

Mereka yang berminat untuk membuat permohonan jawatan di MARA, anda boleh mengikut langkah berikut:

  • Tekan pautan “MOHON SEKARANG” di bawah.
  • Daftar sebagai pengguna baharu atau log masuk ke akaun sedia ada
  • Cari jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda
  • Isi borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
  • Hantar permohonan dan tunggu maklum balas daripada pihak MARA

MARA bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya yang stabil tetapi juga memberi peluang kepada pekerja untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Jika anda berminat untuk bekerja di sebuah organisasi yang berdedikasi dalam membina masa depan masyarakat bumiputera, inilah peluang anda.

Mohon sekarang dan sertai MARA untuk memajukan kerjaya anda!

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2024
Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2024

DISCLAIMER

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Info jawatan kosong ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada laman web rasmi kerajaan ataupun berita. Calon hendaklah rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.