Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 dibenarkan bagi mereka yang layak dan maksimum pengeluaran dibenarkan adalah sehingga RM50,000.

Pengeluaran ini boleh dilakukan dengan program terbaharu daripada KWSP iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai pengeluan kwsp ini.

Baca Juga:

Pengeluaran KWSP FSA2

FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

KWSP : Pengeluaran Bersyarat RM3,000 - RM50,000
Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Amaun Pengeluaran Mengikut Simpanan

Berikut dikongsikan amaun pengeluaran yang boleh dibuat berdasarkan simpanan Akaun 2:

KWSP : Pengeluaran Bersyarat RM3,000 - RM50,000

Syarat Membuat Pengeluaran

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat pengeluaran:

  • Terbuka kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
KWSP : Pengeluaran Bersyarat RM3,000 - RM50,000

Nota: Ahli hendaklah membuat penilaian kesedaran dan kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada perlu meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
KWSP : Pengeluaran Bersyarat RM3,000 - RM50,000

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:

Add a Comment