Penutupan Laluan Dan Pengalihan Trafik di Lebuhraya Persekutuan Menuju ke Kuala Lumpur Untuk Kerja Pembinaan LRT3 Bermula 26 Sehingga 28 Julai

Makluman kepada pengguna lalulintas, bermula 26 sehingga 28 Julai, penutupan laluan serta pengalihan trafik akan dilakukan di Lebuharaya Persekutuan menuju ke Kuala Lumpur bagi kerja-kerja pembinaan LRT3.

Oleh itu, anda diminta untuk memberi perhatian kepada notis serta peta trafik terkini untuk perjalanan yang lancar.

Baca Juga : Pakej Rahmah Prabayar Siswa RM30 Untuk 30GB

Penutupan Laluan Lebuhraya Persekutuan Menuju Ke Kuala Lumpur

Penutupan laluan dan pengalihan trafik ini akan berlangsung pada 26 Julai 2024 sehingga 28 Julai 2024.

Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd iaitu kontraktor yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menyatakan perubahan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja berkaitan dengan projek LRT3.

Penutupan dan pengalihan akan bermula pada 11 malam sehingga 5 pagi dalam dua peringkat seperti peta di bawah:

Peringkat 1:

Lorong paling kanan dan tengah di Lebuhraya Persekutuan ( mengarah ke Kuala Lumpur) akan ditutup pada 26 – 27 Julai 2024.

Penutupan Laluan Dan Pengalihan Trafik di Lebuhraya Persekutuan Menuju ke Kuala Lumpur Untuk Kerja Pembinaan LRT3 Bermula 26 Sehingga 28 Julai

Peringkat 2:

Lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan (mengarah ke Kuala Lumpur) akan ditutup pada 27 – 28 Julai 2024.

Penutupan Lorong Dan Pengalihan Trafik di Lebuhraya Persekutuan Menuju ke Kuala Lumpur Untuk Kerja Pembinaan LRT3 Bermula 26 Sehingga 28 Julai

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran semua semasa projek pembinaan LRT3 ini berlangsung.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi:

  • Chan Hooi Hong, Pengurus Projek : 016-5211960
  • Saidatul Naquah Badrul, Perhubungan Awam : 012-3017820

SUMBER : www.lrt3.com.my

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.