MyKid 2024 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan, permohonan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) akan dibuka semula di semua Pejabat JPN mulai 29 Julai 2024.
JPN dalam satu kenyataan terkini bertarikh 25 Julai 2024 memaklumkan bahawa permohonan itu boleh dibuat setelah ia ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah tersebut.
“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini (mempunyai resit permohonan MyKid), namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang telah dipilih. Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024,” jelas JPN.
Selepas tempoh itu, JPN menjelaskan status permohonan MyKid 2024 akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
Mei lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Badrul Hisham Alias berkata isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik Covid-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai secara berperingkat di seluruh negara.
Difahamkan terdapat 136,238 permohonan MyKid yang tertunggak dengan 135,459 permohonan bagi tahun 2023 dan 779 permohonan bagi 2024 setakat Mac lalu.
Pada Disember lepas, media melaporkan JPN sedang mencetak 160,000 MyKid yang tertunggak sejak Oktober 2023 dan akan diserahkan secara berperingkat sebaik sahaja proses cetakan selesai dan memberi jaminan isu MyKid tidak akan berulang pada tahun ini memandangkan JPN sedang melaksanakan proses perolehan bekalan sebanyak tiga juta MyKid bagi menampung keperluan.
Ibu bapa yang telah memohon MyKid anak masing-masing boleh mula menyemak status permohonan di portal JPN mengikut tarikh yang dimaklumkan.
Berikut dikongsikan info terkini tentang permohonan MyKid dan semakan tarikh mendapatkannya daripada JPN.
Sila skrol ke bawah untuk melihat panduan membuat semakan status secara online.
Pengenalan MyKid 2024
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Kelebihan MyKid 2024
- Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
- Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
- Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
- Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
- Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
- Bentuk cantik dan menarik
Cara Permohonan MyKid 2024
MyKid boleh dimohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.
Tarikh permohonan bermula 27 Julai 2024 di semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKid 2024:
- Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
- Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
- Salinan IC bapa
- Salinan IC ibu
- Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir
Tempoh Semakan MyKid 2024
Tempoh semakan dan pengesahan adalah bermula 29 Julai – 31 Oktober 2024 iaitu selama 3 bulan sahaja.
Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
Sistem Pengesahan Cetakan MyKid 2024
- Sistem ini adalah untuk mendapatkan PENGESAHAN pemohon bagi cetakan MyKid yang dimohon pada tahun 2023 dan ke bawah.
- Penukaran pusat kutipan MyKid adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Tempoh pengesahan 29 Julai hingga 31 Oktober 2024.
Sila scan QR kod di bawah atau layari
Link : https://spcmykid.jpn.gov.my
Anda akan mendapati paparan seperti di bawah:
Sila masukkan butiran yang tepat dalam ruang yang disediakan untuk membuat semakan.
NOTA: Bagi permohonan baru, sila ke kaunter JPN berhampiran anda dengan membawa sijil kelahiran anak dan kad pengenalan asal anda.
Gantian / Rosak / Hilang ❌
Permohonan baru kali pertama ✅
Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi
Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut: https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan
Baca juga:
- Pakej Rahmah Prabayar Siswa RM30 Untuk 30GB
- Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar ~ Kelayakan SPM Ogos 2024
Cara Semakan Status MyKid 2024 Online
Bagi yang telah memohon sebelum ini dan mempunyai resit permohonan, pemohon perlu membuat pengesahan melalui Sistem Pengesahan Cetakan dalam tempoh tiga (3) bulan bermula 29 Julai 2024 – 31 Oktober 2024. Selepas tempoh tersebut, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula. Pautan sistem : https://spcmykid.jpn.gov.my/semakmykid.php
Ikuti penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang permohonan dan kutipan My Kid bagi status berikut:
- Sudah buat permohonan My Kid (ada slip) – Status : Sedia diambil
- Sudah buat permohonan (ada slip) – Status : Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan My Kid
- Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MKid – Status : Perlu datang untuk buat permohonan di JPN
- Pendaftaran kelahiran baharu – Buat pendaftaran kelahiran & buat permohonan My Kid di JPN
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro