Rumah Mesra Rakyat 2023 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Rumah Mesra Rakyat 2023 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merupakan sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan.

Rumah Mesra Rakyat

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga Rumah Mesra Rakyat mengikut tempat:

Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300
Pulau di Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM85,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM65,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM350
Sabah/Sarawal/Labuan
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000 – RM106,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300 – RM470
Rumah Mesra Rakyat 2023 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan rumah mesra rakyat:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Baca Juga:

Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Secara Online:

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual:

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen Sokongan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Jika Bekerja Sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

NOTA:

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Permohonan Rumah

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab Pemohon

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut Rumah Mesra Rakyat

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort
Seksyen U2, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am)
Emel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-4250 378
Emel: [email protected]
En. Ahmad Yamani Bin Zainol

Cawangan Melaka
No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
Telefon: 06-288 4335 / 06-288 4770
Emel: [email protected]
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Negeri Sembilan
No 19 & 19 A, Jalan Ainsdale 15/3, Bandar Ainsdale, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Telefon: 014-382 4979
Emel: [email protected]
En. Mohd Faizal Bin Burhoroldin

Cawangan Terengganu
Tingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Telefon: 09-625 0076 / 09-625 0067
Emel: [email protected]

Cawangan Perak
No. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak.
Tel: 05-526 4188 / 05-526 3876 / 05-526 5438 /
Emel: [email protected]
Ir Ahmad Helmi Ahmad Khalil

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
E-mail: [email protected]
En. Ahmad Hanafi Bin Kamaluddin

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
E-mail: [email protected]
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Kelantan
Lot 635 (Corner Lot), Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-740 6546 / 740 6048
E-mail: [email protected]
Mejar (B) Ismail Bin Hassan

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
E-mail: [email protected]
En. Wan Habeeb Alli bin Wan Yep Mohdzar

Cawangan Sabah
Lot B1.3 & B1.6, Tingkat 1, Blok B, Bangunan KWSP. Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-274 663 / 013-880 8194
E-mail: [email protected]
En. Reggie Sua @ Mohd Haffiz bin Abdullah

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarat Kelayakan RMR?

– Warganegara Malaysia
– Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
– Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
– Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
– Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR?

Secara Online
– Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
– Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
– Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
– Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
– Lengkapkan borang yang dikehendaki
– Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
– Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual
– Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan RMR?

– Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
– Salinan kad pengenalan tuan tanah
– Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
– Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
– Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
– Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
– Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
– Salinan sijil nikah pemohon
– Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:
– Penyata bank 3 bulan terkini
– Pendaftaran Perniagaan (SSM)
– Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan RMR?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
– Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
– Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
– Tapak cadangan tidak sesuai
– Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah RMR diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina RMR mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air /elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina RMR sahaja.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika si mati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Add a Comment