STR 2024 : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

STR 2024 : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

STR 2024 : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

STR 2024 Fasa 1 – Pendaftaran STR 2024 telah pun dibuka. Untuk pengetahuan anda, pemberian STR kali ini ditentukan mengikut bulan anda membuat permohonan atau kemaskini.

Pemberian bantuan STR kali ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 bilion ringgit yang akan memanfaatkan lebih 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut bayaran Fasa 1 STR 2024.

Jumlah STR 2024

Berikut dikongsikan jumlah bayaran keseluruhan STR 2024:

  • Kategori isi rumah, kadar minimum STR meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700 (RM1,200 Tambahan)
  • Kategori bujang, kadar minimum STR meningkat dari RM350 kepada RM500 (RM150 Tambahan)
  • Kategori warga emas, kadar minimum STR meningkat dari RM600 kepada RM750 (RM150 Tambahan)
STR 2024 Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori
STR 2024 Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Baca Juga:

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 1 2024:

STR 2024 : Jumlah Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori

Isi Rumah Berpendapatan <RM2,500

Bilangan AnakJumlah Bayaran
Tiada AnakRM500
1 – 2 AnakRM500
3 – 4 AnakRM500
>5 AnakRM500

Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

Bilangan AnakJumlah Bayaran
Tiada AnakRM100
1 – 2 AnakRM150
3 – 4 AnakRM250
>5 AnakRM300

Warga Emas Tiada Pasangan Berumur >60 Tahun

Jumlah BayaranRM150

Bujang Berpendapatan <RM2,500 (Berumur 21-59 Tahun)

Jumlah BayaranRM100

Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024

  • Pembayaran STR Fasa 1 2024 akan dibayar secara berperingkat pada Februari 2024
  • Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talinan dan borang kertas)
  • Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
STR 2024 : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
STR 2024 Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Permohonan Dan Semakan Status STR 2024

Permohonan dan semakan status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
STR 2024 Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori
STR 2024 Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bilakah tarikh permohonan dan pembayaran STR?

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti di dalam jadual di atas

Bagaimanakan kaedah bayaran STR 2024 dilakukan?

Kredit ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Add a Comment