STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan.

Setakat tahun ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima bantuan STR.

Walau bagaimanapun, angka ini dijangkan akan naik sehingga 9 juta bagi tahun ini dengan mengambil kira proses permohonan baharu. Malah, kemaskini permohonan juga dibuka sepanjang tahun.

Berikut dikongsikan maklumat penuh berkaitan STR Fasa 2.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah pada bulan April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar pembayaran diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini iaitu pada awal bulan April – 2 minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Terkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Baca Juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Kadar bayaran STR fasa 2 yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 adalah seperti betikut:

STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Kaedah Pembayaran STR

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank
  2. Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional

Semakan Status STR

Semakan status boleh di buat di laman rasmi STR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  • Log masuk STR
  • Masukkan nombor Mykad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan (Status Permohonan & Maklumat Pembayaran (Jika Ada))
STR Fasa 2 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di Playstoe
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran