Tempoh Kuarantin Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat

Tempoh Kuarantin Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat

Tempoh Kuarantin Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat

Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan, keadaan semasa di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau situasi COVID-19 dan varian berkaitan di dalam dan luar negara menerusi pengukuhan Lima (5) Strategi Pelan Pengurusan COVID-19

Ramai yang tertanya-tanya berapa lamakah tempoh kuarantin di rumah bagi yang positif Covid-19 ataupun kontak rapat? Dan bagaimana pula cara kuarantin di rumah?

Berikut kami kongsikan info terkini.

Baca Juga:

Tempoh Kuarantin Terkini Kes Positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan tempoh kuarantin seperti berikut:

TEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF : 5 HARI

HSO diberikan melalui MySejahtera selama 5 hari, namun individu positif Covid-19 perlu mengambil langkah-langkah pencegahan sehingga hari ke-10.

Tempoh Kuarantin Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat

Home Surveillance Order (HSO) diberikan selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala untuk kes positif COVID-19. Sebagai contoh, sekiranya gejala bermula pada 1 Disember tetapi keputusan hanya positif COVID-19 pada 3 Disember, HSO akan diberikan dari 1 hingga 5 Disember.

Semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO. Sijil digital HSO adalah sah laku di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342].

Majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian COVID-19 negatif untuk bekerja dari rumah.

Individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin (screenshot) untuk makluman pihak majikan. Pekerja juga dinasihatkan untuk melaporkan status COVID-19 dengan JUJUR.

Tempoh Kuarantin Bagi Kontak Rapat

Kontak Rapat yang tidak bergejala hanya perlu mengamalkan langkah pencegahan dalam tempoh 5 hari dari hari terakhir terdedah kepada kes positif Covid-19.

Manakala bagi kontak rapat yang BERGEJALA, anda digalakkan melakukan ujian kendiri RTK pada hari bermula dan hari ketiga. Jika keputusan negatif, anda boleh melakukan aktiviti luar dengan mengamalkan langkah pencegahan.

Tempoh Kuarantin Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat

Langkah-Langkah Pencegahan

  • Sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah
  • Elakkan berada di tempat yang sesak
  • Memastikan pengudaraan yang baik
  • Elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi
  • Membuat perjalanan yang penting (essential) sahaja
Tempoh Kuarantin Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

Add a Comment